Khamis, 3 Oktober 2013

Latihan Frog VLE untuk Murid Peringkat Daerah Kerian Fasa 3

Pada 3 Oktober 2013, pihak sekolah telah menghantar 2 orang murid SKPHA sebagai pelapis pasukan frog (champion) untuk menghadiri latihan Frog VLE di PKG Bagan Serai. Guru yang mengiringi adalah Puan Mezara Hanum bt Baharudin, Penyelaras Frog sekolah.

Murid yang terlibat adalah adik Muhammad Najdi b Adnan, Tahun 5 dan adik Shazwie Haziq b Sabaruddin, Tahun 6. Sepatutnya pihak sekolah menghantar murid-murid tahun 5 tetapi kebanyakan daripada mereka terlibat dengan peperiksaan agama sekolah agama petang.

Justeru, pihak sekolah menghantar seorang wakil tahun 6 (merupakan anak Ustazah Norli Suhaida bt Ibrahim) dan murid tahun 5 yang tidak terlibat sekolah petang (juga anak guru, Haja Sharifah bt A Rahman). Diharap agar latihan yang diberikan kepada mereka dapat memberi input yang bermakna kepada kawan-kawan di sekolah pula.