Khamis, 3 Oktober 2013

Latihan Frog VLE untuk Murid Peringkat Daerah Kerian Fasa 3

Pada 3 Oktober 2013, pihak sekolah telah menghantar 2 orang murid SKPHA sebagai pelapis pasukan frog (champion) untuk menghadiri latihan Frog VLE di PKG Bagan Serai. Guru yang mengiringi adalah Puan Mezara Hanum bt Baharudin, Penyelaras Frog sekolah.

Murid yang terlibat adalah adik Muhammad Najdi b Adnan, Tahun 5 dan adik Shazwie Haziq b Sabaruddin, Tahun 6. Sepatutnya pihak sekolah menghantar murid-murid tahun 5 tetapi kebanyakan daripada mereka terlibat dengan peperiksaan agama sekolah agama petang.

Justeru, pihak sekolah menghantar seorang wakil tahun 6 (merupakan anak Ustazah Norli Suhaida bt Ibrahim) dan murid tahun 5 yang tidak terlibat sekolah petang (juga anak guru, Haja Sharifah bt A Rahman). Diharap agar latihan yang diberikan kepada mereka dapat memberi input yang bermakna kepada kawan-kawan di sekolah pula.

Sabtu, 28 September 2013

Bengkel Peluasan Frog VLE untuk semua guru SKPHA

Bengkel untuk pendedahan frog vle kepada guru-guru telah diadakan pada 28hb September 2013 di bilik mesyuarat PKG Telok Medan jam 8.00 pagi hingga 2.30 petang. Guru-guru telah belajar cara-cara untuk mengeditkan personal dashboard, kalender, departmental site serta mendapat tugasan untuk mengemaskini laman panitia masing-masing. Semoga semua guru dapat memanfaatkan sepenuhnya Virtual Learning FROG ini!













Jumaat, 27 September 2013

Memperkenalkan Frog VLE kepada murid

Pada minggu sesudah UPSR 2013 berlangsung, saya telah memperkenalkan Frog VLE kepada murid tahun 6. Mereka berasa seronok dan minat apabila menerokai frog vle dengan menggunakan ID Yes yang telah diberikan. Saya telah berkongsi site pembelajaran dalam mata pelajaran Matematik bersama-sama murid saya. Kesimpulan yang telah saya dapati ialah, pembelajaran interaktif secara online ini telah berjaya menarik minat untuk belajar dengan lebih berkesan.






























Khamis, 26 September 2013

Taklimat Pendedahan Frog VLE kepada Ketua Panitia

Pada 31 Julai 2013, suatu taklimat pendedahan frog VLE telah diadakan pada pukul 1 petang bertempat di bilik gerakan. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Puan Mezara Hanum bt Baharudin, Guru Media SKPHA kepada 8 orang guru termasuk ketua panitia . Turut hadir bersama adalah guru besar. Taklimat secara ringkas dan padat telah disampaikan berkenaan dengan pengenalan 1bestarinet serta frog VLE persekitaran pembelajaran maya.